Yu paus
Yu paus

Yu paus

Ikan yu paus, Inggeris piawai whale shark, nama saintifik Rhincodon typus, adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis, ia juga merupakan spesies ikan yang besar dan gergasi. Menurut perkiraan, saiz ikan dalam spesies ini yang terpanjang berukuran 12.65 meter (41.50 ka). Manakala yag terberat adalah lebih dari 36 tonne (79,000 lb),[2] tetapi tuntutan laporan yang dibuat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Haiwan ini berada dalam genus Rhincodon dan famili, Rhincodontidae (dipanggil Rhinodontes sebelum tahun 1984), ia termasuk dalam sub-kelas Elasmobranchii yang berada dalam kelas Chondrichthyes. Ikan yu paus mudah untuk dijumpai di kawasan lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya sekitar 25 C hingga 30 C. Dan purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun.[3] Spesies ikan gergasi ini telah dianggarkan menetap hidup di bumi sejak 60 juta tahun yang lalu. Yu paus jantan pada kebiasaannya memiliki saiz mulut yang lebih besar berbanding saiz mulut betina. Makanan utamanya adalah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop. Menurut rancangan BBC, yakni filem Planet Earth, yu paus turut memakan sekumpulan ikan kecil.[4]Spesies yu paus ini mula dijumpai pada April 1828, menerusi suatu kajian biologi marin yang dibuat di Table Bay, Afrika Selatan4.6-meter (15.1 ka). Andrew Smith, seorang doktor tentera yang bernaung di bawah pasukan tentera British di Tanjung Harapan yang menjalankan kajian sejak sekian tahun lamanya.[5] Beliau telah menghasilkan lebih banyak deskripsi kajian dan penerangan berkaitan spesies ii pada tahun 1849. Nama "yu paus" datang dari bentuk fisiologi ikan tersebut yang besar seakan ikan paus dan mengamalkan diet pemakanan bertapis.

Rujukan

WikiPedia: Yu paus http://books.google.com/?id=cxxSN4YA2i8C&lpg=PA207... http://books.google.com/?id=srUHU4SrCT4C&lpg=PT340... http://www.qatarvisitor.com/index.php?cID=430&pID=... http://wetpixel.com/i.php/full/albino-whale-shark-... http://www.youtube.com/watch?v=WTemSDz1iqI&feature... http://www.flmnh.ufl.edu/fish/Gallery/Descript/Wha... http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/account... http://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?se... http://forum.ecocean.org http://elasmo-research.org/education/topics/ng_rhi...